Tuesday, October 27, 2009

tah la..makin hari makin meluat aku tgok..

salam semua trutama sahabat2 sem 7 kh..tujuan aku tulis isu ni bukan saja nk panaskan keadaan tp just luahkan apa yg ada dlm hati nie ja..maaf eh tp aku rasa benda nie ada baiknya..

ok la mcm nie cita dia..ada la sorg girl dlm kelas kita nie, aku makin hari makin myampah tgok perangai dia..orang2 yg rapat ngan dia cakap dia nie GILA2 sikit, so diorang ni x kisah la pasal perangai dia 2..tp bg aku..aku kisah.dulu masa sem 1-4 aku xbopa nk menyampah sgt la..tp masuk sem 7 nie.menyampah sgt2 la.ada la juga program individu yg melibatkan dia, aku boikot, mcm2 alasan aku bg.bukan apa, menyampah nk tgok perangai dia 2.

sbnarnya aku menyampah coz cara pergaulan dia & pakaian dia 2 terlalu soSIAL..aku xtau la korang mcm mana, tp bg aku..sejahat & steruk aku nie pun..masih jaga batasan berkawan.aku ambil gambar ngan mas walaupun keterlaluan tp masih berlapik.e2 aku mengaku kesalahan aku.tp aku dah insaf.aku perlu hormat pd girl...diorang pun ada maruah.tp girl nie mcm xda maruah ja.dia nie rapat ngan laki.walaupun rapat mcm mana skalipun, batasan kena jaga.JGN MENGHALALKAN BENDA YG HARAM..dia boleh slamber ja salam ngan budak laki nie depan orang ramai.ada kala 2 dpn junior lak..konon2 nk cakap dia nie rapat la sampai buat 'give me 5' pas2 salam ala2 rock.yg budak laki nie pun 1.smbahyang fuhh..hebat..tp xdpt nilai erti haram halal..ada masa kat pangkor siap tido atas paha laki nie lg.astarfirullahhallazim..pakaian dia 2 korang paham2 la.

dia x tahu ka erti maruah wanita..ke dia dah xda maruah..senang2 ja bg laki sentuh dia.tp dia ngan laki 2 xda apa2 ikatan pun.nk kata kapel pun tidak.,tp rapat la.nk tunjuk kata rapat mcm mana pun jgn la buat orang lain menyampah.dah la 2..slalu sgt g MELALAK mcm anjing kat behrang 2.bila nk insaf pun aku x tau la.klu laki x pa la jgak..ni girl.

aku harap diorang nie insaf 1 hari nanti, bukan apa..dah banyak dosa diorang buat, tp xingat & xmau insaf..aku pun ada buat salah dulu, tp aku dah cuba betulkan..org lain pun berkawan gak, tp ada batasan.girl nie dia suka sgt nk ikut program laki buat, dia xda kawan pmpuan ka?.

Monday, October 26, 2009

kau dlm ingatan

sbnarnya aku nk bg lagu nie kat kawan2 aku..aku harap korang semua dgr & hayati lagu nie.

p/s HAYATI 2 bukan nama membe kita k.huhuhuh



belagak ja lebih..

nie aku br ja balik dr men futsal ngan budak2 B.Melayu..diorang smua nie set2 kelantan n ganu..alaa membe faiz ngan bob la nie..td masa main aku geram sgt2 kat budak2 nie.bukan apa..diorang nie BULI budak2 aku..sapa x benggang.

so td aku dah xpikir pasal membe ka apa ka, motif utama aku nak rempuh diorang ja. biar la patah kaki ka apa ka...ada aku kisah. bukan ada kena mgena ngan aku pun.(tabiat buruk 2..so jgn ikut k). td ada la sorg dua aku rempuh.prinsip bola sepak nie mudah ja, dlm padang nie pihak lawan 2 mcm musuh kita.biar la musuh 2 pgkat abg kita ka apa ka..jgn campur aduk pribadi dgn game.

dalam padang kita ada kuasa nk buat apa saja, bertumbuk ka, sepak kaki org ka, menipu tanduk guna tangan ka..smua 2 xda sapa nk ambil kisah.lepas ja game..smua kmbali normal.xda hasrat nk marah ka dendam ka.

so pada sapa2 xkira la membe ka pihak musuh ka..yg kena marah ngan aku ngan kata2 kesat td..kita just BERGADUH dlm padang ja k..emosi 2 kena la jaga br la boleh jadi pemain yg terbaik mcm zidane.

tidak menyerah kalah..

td petang pas zohor aku ngan kroko, paklang, ijan,abg j bluetooth bob mesra, lino, bokmiah & tokdalik g mjala ikan kat sngai sempdan perak-selangor (kat amir char k.teow)..kali nie best gak la menjala coz ada ramai org, slalunya aku ngan kroko pas2 apai ja g mjala..

dapatan byak gak la.pas2 ada sorg membe aku nie, br ja dtg mjala,pas2 dapat ikan..seronok dia,siap cakap aku x dapat ikan lgsg..hahaha..wei aku dpt gak la ikn.klu x caya tanya la ikan2 yg dah kita makan td 2..hahaha..

ok la aku nk g hantar bokmiah & tokdalik g stsyen ketapi.depa nk balik taiping..ok salam

apabila malam berbicara...

nie kisah bukan apa, saja ja.hehehe..sbnrnya aku nk cakap pasal game EPL smlm. aku g tgok liverpool lwn MU..sbnarnya aku nie peminat arsenal sejati, smlm 2 saja ja g tgok coz aku da beli torres dlm astro fantasy football aku. dalam hati nie dok doa la bg torres sumbat gol.pas2 tgok2 torres boh,fuh meloncat aku..

kesian aku tgok fan MU, muram ja..ada sorg mamat 2, mata dia merah ja pas2 berair.hahaha..lawak2..nie msti kes xleh tima knyataan. pas2 MU dok serang balik, depa masukkan nani.tetiba ja vidic kena lak kad merah.fuh lg la bising kedai 2. kena lak last2 minit liverpool boh lak lg 1.apa lg, fan MU start moto balik la.hahaha..ABG SUKA LA DIK..fan MU nie kadang2 sombong nk mampos, ego..dok cakap besar pasal team depa.tp bila dah kalah snyap 2@3 hari..hahaha..

apa pun maju jaya kpd torres..sumbat la gol byak2 lg..biar mata aku naik.hehee

Sunday, October 25, 2009

Jom mancing..


nie la abg ipar aku yg no2.aku slalu g umah dia bila cuti sem or balik kg. bukan pa, aku nie berjiwa PEMBURU mcm dia gak.hehhee..bila g umah dia ja, mcm2 aktiviti kami buat. dia memang sempoi, kepala layan ngan aku jgak. boleh kata pantai mana kat penang 2 aku x g lg ngan dia. smua kami dah takluki. bendang mana kami x jijak lg.hantu mana yg kami x jmpa lg..smua 2 aku dah lalui dgn dia.

kami slalu g mancing jam 12-5 pagi kat jambatan penang 2.memang hasil dia lumayan la.klu ada duit ckit, sewa la bot g mancing tengah ckit. pas2 kadang2 g mancing udang galah kat kubang semang. ada 1 hari 2 kami jalan smpai tsempak ngan ular sawa.besar gilaaa..tgu apa lg, lari la.haha.kdang2 kami just mancing or menjala kat bendang ja.klu ari ujan kami just g tahan burung wak-wak kat bendang 2.hurmm jumpa hantu nie memang slalu la bg kami. biasa la kawasan bendang, benda mcm 2 memang suka kaco pun.

gambar nie masa aku ngah mancing kat penang, yg sebelah aku 2 first abg ipah..dia pun layan.


nie plak masa aku naikkan patin kat kubang semang..


mancing malam klu korang semua nak tau, 1 nikmat tambah2 dpt naikkan ikan beso. lg la seronok.hahaa

nie smua just nk BAKAR membe aku ja..APAI & POKSU.hahahha..

sombong pintu kemurkaan Allah s.w.t..

haaaa..kali nie aku nk kongsi sikit tazkirah ngan kawan2 yg bakal bergelar guru.maklumlah kita nie bakal berada dlm kelompok masyarakat luar. so kita kena beringat 1 benda..jgn sombong sgt. slalunya student nie smbong ckit bila brsama dgn masyarakat, tambah2 dia 2 bakal guru. dlm diri ada 1 sifat yg x baik, ada perasaan "ala biar la x cakap ngan orang pun, diorang bukan penting pun"..

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kpd para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali IBLIS, ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang yang kafir
(Al-Baqarah: 34)

Allah juga ada berfirman dalam hadis qudsi bermaksud:
"Kibri atau sombong itu selendang-Ku, siapa yang memakai selendang-Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".

so kawan2 semua kena ingat, kita nie bakal guru yg akan mendidik anak bangsa, so jgn la terlalu ego dgn status atau benda yg kita ada sahaja. ingatlah orang lain sama k. klu kwn2 nak tau gak, sifat sombong nie mudah sekali menghinggap pada mereka yang merasakan diri mempunyai ramai pengikut atau pengaruh. dalam suasana inilah sifat sombongnya terus subur dan akhirnya ia menggunakan pengaruh serta pengikutnya untuk menderhakai Allah s.w.t.

aku harap sgt2 kawan2 n diri aku sndiri, dpt bawa & jaga diri bebaik apabila bersama ngan masyarakat nanti coz kat luar 2 byak dugaan n cabaran.so selamat maju jaya kawan2 semua.

Saturday, October 24, 2009

roomate aku yg sempoi


haaaa..klu korang smua nk tau nie la BOB..roomate aku sekarang, hurmm dia nie orang kelantan tp gatai & galak nk jadi orang kedah, xda langsung loghat orang kelantan.dia nie hepy orangnya..xda langsung istilah TEKE dalam hidup dia. sbb 2 la aku suka kawan ngan dia.memang peramah la dia nie.
td dia baru ja merungut pasal laptop dia buat hal..hurmmm biasa la laptop 2 berat sbb ada benda lain la 2.hahaha(bob jgn marah).pas 2 kan dia nie playboy tau x.kalah aku.klu kuar makan ngan dia, hurmmm ada saja girl dtg join. aku rasa bapak ayam pun letak jawatan klu tau dia mcm nie.hahaha.apa pun aku sedih coz akan brpisah ngan dia, hurmm xda la orang nak gelak2 ngan aku, makan pungkuq ayam sama2.huhuhu.aku doakan dia berjaya dalam hidup dia.

coach aku (saja nk bodek dia nie).hehehe..


salam.hehhe..klu coach ada baca blog nie, aku nk minta izin coz nk cita ckit pasal coach kat sini. nie sbb aku betul2 bangga dapat blajar ngan coach.

haaa..nie la coach aku. nama dia azahari abdullah.klu korang semua nak tau, background dia nie memang menarik sangat. ok dulu dia masa zaman muda2 (18-25), dia nie player pahang. masa 2 memang dia nie famous la.dia master mind pasukan & berada di bahagian tengah.

dia mula stop main bola masa umur 30 lebih coz lutut xleh pakai..hahaha(mcm aku sekarang la)..pas 2 dia pernah jd coach pahang, coach kuala muda naza, dia juga pernah jadi coach team piala milo kedah (team aku masa zaman sekolah dulu)..memandangkan kerjaya dia sebagai guru, jadi pihak kementerian telah lantik dia sbg coach kebangsaan under 12 & 15 tahun. dia pernah bawa team kebangsaan utk sekolah2 punya sampai main d korea & jepun..pas 2 under 15 lak main d German..memang hebat la dia nie.aku harap satu hari nanti aku juga boleh jadi guru aktif mcm dia.aminnnnn..

kursus kejurulatihan KFA

hurmmm..aku percaya bahawa setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2..aku juga percaya rezeki seseorang 2 Allah yang tentukan.

aku bersyukur sbb aku d beri peluang untuk bersama-sama dengan insan yang menjadi idola aku. aku diberi peluang untuk mengikuti kursus kejurulatihan KFA yang dibawah tunjuk ajar dari coach azraii.

banyak benda aku belajar terutama keikhlasan dalam menjalankan tugas. coach azraii nie sorang yang kuat agama. dia nie dulu keturunan cina, pas 2 masuk islam.memang best la dia..dulu dia mula2 masuk islam, keluarga dia tentang la, tp lama2 semua dah boleh terima dia.

tp masa sembang2 dgn azraii, dia ada cakap yg masa depan bola sepak negara akan jatuh satu hari nanti, terutama pasukan kedah.ini semua sbb campur tangan daripada kuasa politik. memang betul bola sepak kita dah xmcm dulu lagi. semua team boleh diatur dengan kuasa politik. mcm contoh khairi jamaluddin yg pegang myteam, dia guna kuasa dia utk CURI beberapa pemain kedah.

hurmmm mcm 2 la politik kalau d campur aduk dgn politik. haaa..dalam kursus nie aku d ajar banyak benda mcm cara serangan, cara tranning, cara bertahan & strategi dalam bola. so lani aku dah x sabar nk guna sgala ilmu yg aku ada nie tuk ajak pelajar2 aku...sapa berani tgu la nanti, kita jmpa kat padang.hahahaha..

Wednesday, October 21, 2009

Rindu dalam doa...

Ya-Allah s.wt...kenapa aku diuji dengan ujianMu yang sangat berat ini.Apakah ini merupakan balasan daripadaMu ya Allah..Kau ragut kegembiraan & kasih sayang yang aku perlu dan dahagakan. Aku begitu merindui MEREKA ya-Allah.

Aku menangis seorang diri, tiada siapa yg tahu..walaupun aku boleh dikatakan seorang yg humor, namun kesedihan ini tidak dapat aku sembunyikan bila seorang diri. aku amat merindui MEREKA ya-Allah.

Aku ingin kasih sayang mcm kawan2 lain dapat....

Aku doakan MEREKA dipelihara oleh Mu ya-Allah..tempatkan MEREKA bersama para sahabat Rasulullah s.a.w..

Mak & Ayah..ateh nak minta maaf, klu selama nie ateh ada buat mak & ayah sedih or kecewa..maafkan ateh..ateh akan jaga adik2 smpai mereka berjaya.